Vegetable cutting




Vegetable cutting adalah berbagai jenis potongan sayuran atau bahan makanan yang digunakan untuk pengolahan masakan.

Asas potongan sayuran.
Asas potongan sayuran  merupakan aspek penting untuk menjadi seorang chef yang berkemahiran. Terdapat beberapa jenis potongan yang perlu dipelajari untuk menghasilkan suatu produk yang terbaik.



Jenis- jenis potongan (vegetable cutting)

  • Brunnoise potongan berbentuk kiub kecil dengan dimensi 3mmx3mmx3mm. potongan ini sesuai untuk dijadikan bahan hiasan atau bahan sup. Sayuran keras seperti lobak merah, celery dan kentang sesuai dipotong brunnoise.Potongan ini sesuai untuk dijadikan hiasan salad, sup dan hidangan utama.


  • Julienne potongan dengan dimensi 3mm x 3mm x 3mm. potongan ini boleh digunakan untuk sayuran yang keras seperti lobak , celery dan lik.Sekiranya potongan ini digunakan untuk kentang ia dikenali sebagai allumate. Potongan seperti ini sesuai untuk di jadikan bahan salad dan bahan hiasan untuk sup.


  • Batonnet potongan dengan dimensi 6mm x 6mm x 6mm. Potongan  ini juga sesuai untuk sayuran keras seperti lobak merah. Potongan batonnet sesuai untuk sayur pengiring hidangan utama.


  • Paysanne terdapat empat bentuk potongan. Untuk mengelakkan pembaziran, sayur dipotong mengikut bentuk sayur itu. Semua bentuk potongan dihiris nipis. segi tiga, segi empat dan bulat. Dimensi potongannya ialah 1.2cm x 1.2cm x 3mm.



  • Chiffonade sayur- sayuran yang berdaun seperti salad dan kobis yang dimayang halus dan memanjang.Potongan berbentuk riben untuk sebarang sayuran hijau. Sesuai digunakan sebagai hiasan.

  • Mirepoixpotongan yang terdiri daripada lobak merah, seleri, lik dan bawang.Terdiri daripada potongan kiub yang bersaiz sederhana. Digunakan untuk membuat stok (white/brown), sup dan membakar.

  • Macedoine (dadu besar) potong sayur mengikut panjang yang dikehendaki 2cm x 2cm x 2cm. Potong potongan tadi menjadi kepingan setebal 1-2 cm untuk mendapatkan bentuk segi empat sama. Sesuai untuk dihidangkan di dalam sup, dan hidangan sejuk.



  • Chopped potongan dadu bersaiz sederhana dan halus digunakan sebagai bahan sauté untuk sos dan sup.



















2 ulasan: